Posted by Unknown on Friday, 14 June 2013.
No Comments »


Pek Pembungkusan Bahulu Menggunakan Daun Pisang
NUR FATIN AMIRA BT. ZAKARIA
Pelajar Reka Bentuk Dalaman,Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan
Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang.

Penghasilan Pek Pembungkusan menggunakan daun pisang di bahagian luar dan penggunaan kertas pisang dibahagian dalam  pek pembungkusan.



Bahulu kasih nama produk pek pembungkusan. Tagline 'KASIH DIHATI PASTI NAK LAGI'. Bagi satu pek pembungkusan mengandungi 10- 20 biji bahulu dengan harga RM6- RM8 sebungkus. Kelebihan pek pembungkusan ini menggunakan bahan semula jadi iaitu daun pisang, serat batang pisang, dan penggunaan tali pemegang daripada helaian daun pisang. Produk ini mudah digunakan oleh pengguna kerana ciri-cirinya yang ringan, kecil dan menarik.

Pek Pembungkusan Bahulu Menggunakan Daun Pisang

1.0 Abstrak
Kelebihan Pek Pembungkusan Bahulu
Menggunakan Daun Pisang


        Pisang atau nama saintifiknya Musa paradisiaca L adalah tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Musaceae. Pisang kaya dengan pelbagai khasiat  dan mampu meningkatkan kesihatan manusia. Terdapat kira-kira 20 jenis pokok pisang antaranya pisang tanduk, emas, embun, nipah dan nangka manakala pisang cavendish pula adalah baka tempatan untuk eksport. Pokok pisang adalah tumbuhan serba guna apabila setiap bahagiannya mempunyai kegunaan kepada manusia daripada daun hinggalah ke umbut. Daun pisang misalnya merupakan pembungkus makanan seperti nasi lemak dan juga sebagai alas makanan kerana menghasilkan bau yang harum. Inovasi yang dicipta untuk pek pembungkusan adalah menggunakan daun pisang dan juga serat daripada batang pisang yang telah diproses bagi menghasilkan bahan bungkusan. Idea reka bentuk pek bungkusan bahulu ini adalah daripada batang pokok pisang, iaitu lebar dibahagian bawah dan tirus dibahagian atas. Kelebihan pek pembungkusan ini adalah 100% menggunakan bahan semula jadi iaitu daun pisang, serat batang pisang, dan penggunaan tali pemegang daripada helaian daun pisang. Produk ini mudah digunakan oleh pengguna kerana ciri-cirinya yang ringan, kecil dan menarik. Produk pek bugkusan bahulu ini dapat menggantikan penggunaan kertas dan plastik yang semakin meningkat. Bahan yang digunakan adalah mesra alam dan kalis air itu, dihasilkan daripada proses melekatkan helaian daun pisang antara satu sama lain Menariknya proses itu menggunakan getah pisang sendiri menerusi satu kaedah khusus. Proses ini menggunakan lapisan belakang daun pisang kerana ketahanan bahagian permukaan hadapannya, manakala getahnya pula lebih mudah dikeluarkan daripada bahagian ini. Sekeping pek pembungkusan yang dihasilkan daripada dua helai daun pisang ialah lima kali ganda lebih kuat dan tahan daripada kertas pembungkus makanan biasa. Pek pembungkusan ini merupakan inisiatif baharu sejajar dengan Dasar Polisi Hijau Negara.Tambah pula, kajian mendapati daun pisang pembungkus itu boleh menggantikan plastik kerana tidak mengandungi bahan kimia dan toksik, lantas selamat diguna selain mudah lerai.Ini juga adalah kajian yang pertama seumpamanya di dunia menghasilkan bahan pembungkus daripada daun pisang.Inovasi ini sememangnya boleh memberi sumbangan besar kepada industri asas tani negara dan dapat mengurangkan nilai pasaran kertas di peringkat global.


Permulaan dan perkembangan idea

Lukisan perspektif dan pandangan produk pembungkusan
Cara-cara membuat kertas pisang

Produk pembungkusan daripada kertas pisang

Posted by Unknown on Monday, 10 June 2013.
No Comments »


Penghasilan Pek Pembungkusan menggunakan kertas pisang dan daun pisang yang dimampatkan


Bahulu kasih nama product diberi. Tagline 'KASIH DIHATI PASTI NAK LAGI'. Bagi satu pek pembungkusan mengandungi 10biji bahulu dengan harga RM5 sebungkus.



Pandangan perspective ketiga-tiga jenis pembungkusan


Pandangan belakang pek pembungkusan bahulu



Proses- Proses Membuat Kertas Pisang

Posted by Unknown
2 Comments

Bagaimanakah  serat batang pisang boleh menghasilkan kertas dan juga beg pembungkus dan adakah bahan ini  mesra alam? Selalunya batang pokok pisang tidak digunakan lagi apabila buah dan daunnya diambil, dan sering kali batang pisang tersebut dibakar atau dibiarkan begitu sahaja sehingga mencemarkan alam. Kegunaan pokok pisang bukan sahaja terletak pada buah dan daunnya sahaja bahkan batangnya juga boleh digunakan.

Keadaan pokok pisang yang cantik

keadaan batang pokok pisang yang tidak lagi digunakan setelah diambil buahnya

Kebun pisang kawasan kajian
Kini, sudah ada penemuan baru berkenaan pokok pisang yang telah diberikan nafas baru dengan menghasilkan bahan yang berguna seperti kertas dan beg pembungkus untuk kegunaan komuniti umum. Antara cara- cara membuat kertas pisang ini adalah pertama, batang pisang yang telah dipotong direndam dalam air dan dimasak untuk melembutkannya.

Kedua, serat batang pisang yang telah dimasak tadi disejukkkan dan dimasukkan ke dalam mesin pengisar yang dikhaskan untuk mengisar batang pokok pisang tadi.


Serat batang pisang tadi kemudian dialihkan kedalamcampuran 3/4 air. Prosess membuat kertas pisang ini memakan masa hampir 1-2 minggu mengikut tahap kecekapan individu tersebut. 





Proses yang ketiga adalah penggunaan Methyl Cellulose yang digunakan bagi menguatkan keadaan kertas pisang .Methy cellulose ini dikisar bersama air hingga penuh satu baldi besar.


Proses ynag keempat ialah methyl cellulose ini dimasukkan kadalam tanki yang mengandungi serat batang pisang tadi.



Setelah campuran itu sebati proses seterusnya adalah menanguk. Proses ini di tunjukkan oleh seorang kurator En. Adnan Mat seorang yang pakar dalam pembuatan kertas pisang. 


Menurut Dr Baharin Azahari, bahan yang telah dihasilkan daripada serat batang pisang ini mempunyai kualiti yang tinggi kerana ia kalis air, tidak mudah koyak walaupun diregang beberapa kali dan jika hendak dibandingkan dengan kertas biasa yang mudah koyak ia lebih kuat serta mengambil masa yang lama untuk terurai dan apabila reput ia akan terus menjadi baja dan tidak memerlukan kos yang tinggi dalam pembuatannya malah penggunaannya mesra alam serta terbiodegradasi.


Proses menangguk ini diteruskan sehingga selesai

Ini adalah serat daripada batang pisang 


Setelah itu, proses pengerinagan dilakukan. Serat batang pisang ini dibiarkan selama 2hari bagimemastikan kertas pisang yang dihasilkan benar- benar kering sepenuhnya. Buat masa sekarang penggunaan kertas pisang ini lebih tertumpu dalam pemprosesan kraf tangan. 

cubaan meletakkan bunga jarum bagi mendapatkan tekstur kelopak bunga ini. 

Setelah kertas ini kering maka proses terakhir adalah memanpatkan kertas ini dengan menggunakan mesin pemampat(compressor)


Akhirnya bahan komposit daripada serat batang pisang boleh digunakan bagi tujuan pembungkusan seperti beg kertas dan juga sebagai bahan mentah untuk menghasilkan produk yang baik. Selain itu, ia boleh dinaiktaraf untuk menjadi bahan mentah bagi bahan kejuruteraan. 


daun pisang juga boleh dicompress dan dijadikan bahan  pembungkusan



proses ini dapat menghasilkan kertas pisang yang halus dan lincin.


cubaan meletakkan daun pisang berselang-seli.dengan penggunaan haba antara 60 darjah Celsius diberikan bagi mencantumkan satu helai daun pisang dengan daun pisang yang lain.