No Comments »
Pek Pembungkusan Bahulu
Menggunakan Daun Pisang
NUR
FATIN AMIRA BT. ZAKARIA
Pelajar Reka Bentuk Dalaman,Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan
dan Perancangan
Universiti Sains
Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang.
Penghasilan Pek
Pembungkusan menggunakan daun pisang di bahagian luar dan penggunaan kertas
pisang dibahagian dalam pek
pembungkusan.
Bahulu kasih nama
produk pek pembungkusan. Tagline 'KASIH DIHATI PASTI NAK LAGI'. Bagi satu pek
pembungkusan mengandungi 10- 20 biji bahulu dengan harga RM6- RM8 sebungkus. Kelebihan pek
pembungkusan ini menggunakan bahan semula jadi iaitu daun pisang, serat batang
pisang, dan penggunaan tali pemegang daripada helaian daun pisang. Produk ini
mudah digunakan oleh pengguna kerana ciri-cirinya yang ringan, kecil dan
menarik.
Pek Pembungkusan Bahulu
Menggunakan Daun Pisang
1.0 Abstrak
Kelebihan Pek
Pembungkusan Bahulu
Menggunakan Daun Pisang
Pisang atau nama saintifiknya Musa
paradisiaca L adalah tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Musaceae. Pisang kaya
dengan pelbagai khasiat dan mampu
meningkatkan kesihatan manusia. Terdapat kira-kira 20 jenis pokok pisang
antaranya pisang tanduk, emas, embun, nipah dan nangka manakala pisang
cavendish pula adalah baka tempatan untuk eksport. Pokok pisang adalah tumbuhan
serba guna apabila setiap bahagiannya mempunyai kegunaan kepada manusia
daripada daun hinggalah ke umbut. Daun pisang misalnya merupakan pembungkus
makanan seperti nasi lemak dan juga sebagai alas makanan kerana menghasilkan
bau yang harum. Inovasi yang dicipta untuk pek pembungkusan adalah menggunakan
daun pisang dan juga serat daripada batang pisang yang telah diproses bagi
menghasilkan bahan bungkusan. Idea reka bentuk pek bungkusan bahulu ini adalah
daripada batang pokok pisang, iaitu lebar dibahagian bawah dan tirus dibahagian
atas. Kelebihan pek pembungkusan ini adalah 100% menggunakan bahan semula jadi
iaitu daun pisang, serat batang pisang, dan penggunaan tali pemegang daripada
helaian daun pisang. Produk ini mudah digunakan oleh pengguna kerana
ciri-cirinya yang ringan, kecil dan menarik. Produk pek bugkusan bahulu ini
dapat menggantikan penggunaan kertas dan plastik yang semakin meningkat. Bahan
yang digunakan adalah mesra alam dan kalis air itu, dihasilkan daripada proses
melekatkan helaian daun pisang antara satu sama lain Menariknya proses itu
menggunakan getah pisang sendiri menerusi satu kaedah khusus. Proses ini
menggunakan lapisan belakang daun pisang kerana ketahanan bahagian permukaan
hadapannya, manakala getahnya pula lebih mudah dikeluarkan daripada bahagian
ini. Sekeping pek pembungkusan yang dihasilkan daripada dua helai daun pisang
ialah lima kali ganda lebih kuat dan tahan daripada kertas pembungkus makanan
biasa. Pek pembungkusan ini merupakan inisiatif baharu sejajar dengan Dasar
Polisi Hijau Negara.Tambah pula, kajian mendapati daun pisang pembungkus itu
boleh menggantikan plastik kerana tidak mengandungi bahan kimia dan toksik,
lantas selamat diguna selain mudah lerai.Ini juga adalah kajian yang pertama
seumpamanya di dunia menghasilkan bahan pembungkus daripada daun pisang.Inovasi
ini sememangnya boleh memberi sumbangan besar kepada industri asas tani negara
dan dapat mengurangkan nilai pasaran kertas di peringkat global.
Permulaan dan perkembangan idea |
Lukisan perspektif dan pandangan produk pembungkusan |
Cara-cara membuat kertas pisang |